Ad Code

Responsive Advertisement

Pecah Rekod Dunia, Ini Rupanya Pemandu Bas Paling Pendek Di Dunia

Pecah Rekod Dunia, Ini Rupanya Pemandu Bas Paling Pendek Di Dunia

Seorang pekerja daripada hampshire, London memecah rekod dunia Guinness selepas menjadi pemandu bas paling terpendek di dunia dengan ketinggian 136.2 sentimeter (4 kaki 5.6 inci), lapor Awani.
 
Lelaki bernama Frank Faeek Hachem sebelum ini adalah pemandu kereta biasa selama lebih 20 tahun sebelum pada tahun 2017, ia nekad untuk mengambil lesen memandu bas.
 
Memetik Mirror.co.uk, tiada sebarang pengubahsuaian khas dibuat terhadap bas tersebut, sebaliknya frank hanya mengubah tempat duduk dan stereng sebelum memulakan perjalanan dengan kenderaan berat itu.
 
Menurut juru cakap Guinness World Record, Frank begitu gembira bertemu dengan orang ramai dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat, setiap hari.

Ini adalah sumber kebanggaan kepada dirinya, terutama sebagai pekerja sektor penting terutama sewaktu penularan wabak COVID-19, kata jurucakap berkenaan.
 
Selain Frank, turut tersenarai dalam rekod tersebut ialah pemegang rekod British, Marco George yang memecahkan rekod menunggang motosikal paling laju dengan aksi ‘headstand’ pada kelajuan 122.59 kilometer/jam.


 
Sementara itu, Luke Roberts pula tersenarai dalam Guinness World Record selepas berjaya melatih tikusnya menyelesaikan 28 cakaran dan lapan lompatan melalui gelungan dalam tempoh 30 saat.
 
Sumber: Astro Awani (17 SEPTEMBER 2020)

Post a Comment

0 Comments