Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
- Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar.
- Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu.
- Memudahkan perbandingan.
- Petunjuk yang jelas diperlukan.
|
Kaedah melukis graf bar berganda.
- Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.
- Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.
- Pilih saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di paksi melintang.
- Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bar tersebut mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.
- Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.
- Sediakan petunjuk.
Tajuk : Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 200
|
Tahun
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Jumlah
|
2002
|
623
|
434
|
1057
|
2003
|
569
|
456
|
456
|
2004
|
573
|
479
|
1052
|
2005
|
492
|
560
|
1052
|
2006
|
440
|
650
|
1090
|
Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006
Tafsiran
- Pada tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato' Seri Wan Mohamed ialah seramai 1057 orang.
- Pada tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan bilangannya seramai 1025 orang.
- Pada tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya seramai 1052 orang.
- Bilangan seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005.
- Berbanding dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun ke setahun. Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang.
- Pengurangan yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang
|
Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:
- Terdiri daripada dua atau lebih garis.
- Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu.
- Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.
|
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.
- Lukis paksi menegak dan paksi melintang.
- Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.
- Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak. Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.
- Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana padi merupakan nilai yang terbesar.
- Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.
- Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan kelapa.
- Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang berbeza.
|
Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.
Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994
Negara
|
1990
|
1991
|
1992
|
1993
|
1994
|
China
|
150
|
120
|
250
|
330
|
350
|
India
|
130
|
80
|
150
|
270
|
250
|
Jepun
|
190
|
220
|
300
|
370
|
450
|
0 Comments